Thursday, December 4, 2008

Semoga Mereka di Letakkan di Kalangan Org2 Yg Beriman


Ceria sebelum ajal
Oleh Zaitie
Satibiam@hmetro.com.my

KUANTAN: “Saya tidak menyangka perilaku ayah bersama dua adik kembar dan seorang anak saudara yang kelihatan ceria serta berpakaian kemas ketika mahu ke masjid mendengar ceramah agama rupa-rupanya petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya,” kata Hanizam Hanafi, 27.Hanizam anak kepada Hanafi Ibrahim, 67, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24.2 Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Kampung Sungai Atong di sini, malam tadi.Turut terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu dua anak kembar Hanafi berusia 16 tahun, Abdul Halim dan Abdul Hakim, serta cucunya, Abdullah Sahid Mohd Asri, 14, apabila van Nissan Vanette yang mereka naiki bertembung sebuah bas.Ketika kejadian, bas dari arah Sungai Lembing menuju Kuantan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.
Van dinaiki mangsa tidak sempat membrek sebelum bertembung dengan bas itu secara berhadapan sebelum terperosok di bawahnya.
Semua mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala seorang mangsa tercampak keluar van.Hanizam yang juga kakitangan penyelenggaraan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata, dia menerima berita kemalangan itu kira-kira jam 8.30 malam selepas dimaklumkan rakan bapanya.“Arwah ayah dan adik-adik serta anak saudara langsung tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum ini. Cuma mereka kelihatan ceria ketika mahu bertolak ke Masjid Sungai Lembing selepas solat Maghrib.“Sebenarnya, ayah tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah agama di masjid berkenaan setiap malam Rabu. Lazimnya, ayah ditemani ibu, Zainun Sulung, 60.“Malam ini (tadi), ibu tidak dapat ikut ayah kerana demam. Oleh itu, ayah ditemani dua adik kembar dan anak saudara yang menuntut di Sekolah Agama Tahfiz, Bukit Besi, Terengganu, yang pulang ke rumah kerana cuti sekolah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.Katanya, kali terakhir dia bertemu empat anggota keluarganya itu pada petang semalam ketika mereka beramai-ramai menikmati minum petang di rumah Hanafi di Felda Panching Selatan, di sini.Menurut Hanizam, bapanya yang membuat dan menjual keropok tidak berniaga pada hari kejadian kerana hujan.“Sebelum ini, ayah sangat gembira kerana baru menerima kehadiran dua anggota keluarga baru berikutan perkahwinan adik lelaki dan perempuan saya, dua minggu lalu. “Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.Mayat semua mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan. Sementara itu, jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, mengesahkan menerima laporan itu dan masih menyiasat punca kejadian. Beliau berkata, pemandu bas terbabit sudah membuat laporan dan ditahan untuk membantu siasatan.“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.


AKu doakan semoga arwah cik napi dan anak2 dan cucunya itu berada dikalangan org2 yang beriman..
Sedih sgt bila aku pegi semalam.. dulu waktu sekolah rendah, aku suka main kat umah dia.. sbb diorg la aku kenal sata dan otak2.. pada aku, sata diorg yg paling sedap.. bila dah sekolah menengah, anak dia Dayah, consider my bestfriend gak la, kitorang selalu lepak sama.. balik sekolah sama2.. tp jarang la masuk dah umah dia sbb dia ade ramai abang..
hakim n halim tu dulu aku tgk jer diorg membersar, dari kecik sampai sekolah rendah..
Arwah cik napi ni, dia bg anak2 dia sekolah menengah biasa.. dia akan hntr ke tahfiz.. tp seingat aku, dia takkan pakse anak2 dia.. sbb bile anak anak-anak dia dah nak sekolah biasa, dia akan benarkan.. Mcm si dayah ni la, 1thn jer duk tahfiz, pastu balik semula kat sekolah menengah biasa..
alhamdulillah, anak2 perempuan cik napi ni semua dah kawin.. yg last sekali pd 22hb november baru ni.. semoga dia bersemadi dgn aman..Amin..
pada Dayah, bersabar byk2 yer.. allah lebih sayangkan diorang kan..

1 membebel:

goooooood girl said...

your blog is feel good......