lately aku sgt x sihat.. almost 3 minggu aku x selesa.. dgn keracunan makanan, selsema yg melampau dan sekarang aku sakit kepala yg teramat.. seolah2 bergantung dgn panadol n pain killer.. selera mkn terus lenyap.. what ever pun, aku rase kan berat badan aku sama jer.. waktu aku sakit hari tu.. ada waktu aku muntah teruk, x boleh bgn. that time aku pk.. bertapa seksanya sakit yg aku terima ni.. dgn x leh makannya.. kenapalah aku perlu sekat makanan aku skang bile aku sihat dan berselera utk makan.. waktu ni aku terbyg kesakitan yg aku alami waktu mengandungkan anak2 aku.. Yer, aku alami alahan yg teruk waktu mengandungkan anak2 aku.. sehinggakan ketika mengandung boy, aku amik cuti 1 bln.. sbb aku rase malu bile asyik mc jer.. memangdangkan aku rasekan tempat kerja aku ni.. kakitangan2 sini tidaklah begitu memahami kesakitan yg aku alami.. 1 bulan bercuti, berehat dan alhamdulillah, aku sihat lepas itu dan Boy telah dilahirkan dgn begitu mudah sekali..
berbanding Ain, aku mengandungkan dia ketika umur aku baru 20 tahun.. aku dlm keadaan tidak bersedia utk mengandung dan aku jugak baru bekerja.. aku sgt lemah waktu tu.. 2-3 kali aku admit ward.. teruk sgt rase.. waktu nak bersalin pun, aku masuk labour room dari pukul 5 ptg, masuk air.. sampai pukul 10 mlm baru aku sakit.. dari 12 mlm aku cube meneran. sampai pukul 2 pg, midwife tu bgtau kat mak aku, andainya pukul 3 pg, aku masih x leh bersalin.. diorg akan gunakan vakum... on that time, dia duk membebel bgtau betapa susahnya klu anak aku tu di vakum.. alhamdulillah, pukul 2.52pg, aku akhirnya berjaya melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.35kg tanpa sebarang bantuan seperti vakum, forcep n even oksigen.. tp aku lemah.. aku tumpah darah.. biarpun tidaklah seserius mana, namun aku tetap ditahan di wad dan dimasukkan 2 pain darah.. waktu aku discharge ward pun, tahap hb dlm darah aku masih separuh dari tahap normal...
bg Anas pulak... terlalu mudah rasenya... selepas 1 bulan aku cuti.. aku masuk kerja dgn rase yg sungguh sihat.. alhamdullillah, kandungan kali ni x begitu menyakitkan..
2 minggu sebelum bersalin lg, jln utk bersalin dah buka 2 cm, tp aku tetap x sakit.. sebulan b4 aku bersalin.. kitorg sempat balik hari je gi kuala terengganu.. shooping kat pasar payang.. hehehehe.. sehari sebelum bersalin, aku jumpa doc sbb aku rase yg kandungan aku x bergerak.. dan menurut doktor, jln dah buka dan aku perlu pilih hari utk bersalin.. of course la aku mintak keeseokan harinya sbb aku dah x larat nak membawa perut.. on 12 jun 2008, aku berusia 23 thn.. kul 10 pg, lepas aku serahkan kunci pejabat, aku gi klinik.. doktor pecahkan air ketuban.. dan doc mintak aku rehat dlm bilik... memandangkan bilik seorang masih penuh.. aku duk bilik kongsi.. start pukul 12 tgh hari, lepas lunch.. aku rase kontraksi dah mula tp sakitnya masih bleh ditahan... aku masih bergelak ketawa dgn hanan yg macam2 lawaknya tu.. pukul 1.30 ptg, nurse mintak aku masuk labour room.. nak masuk air katanya.. then kawan aku dtg dan sambil nurse cucuk masukkan air, kitorang duk bersembang.. sampai pukul 2 ptg, bile sakit tu dah mula sgt menyakitkan baru la kwn aku keluar.. dan hanan sentiasa berada di sebelah.. aku cari gak mak aku, tp mak aku baru sampai dan masih penat.. dia baru je letak barang dlm bilik aku.. lebih kurang 1 jam bertarung nyawa.. alhamdulillah, dgn mudahnya aku bersalinkan Anas..
wlau mcm mane pun, aku masih lg tumpah darah cuma x serius dan x perlu nak tmbh darah..
aku rase kan pengalaman ni terlalu seronok dlm hidup aku.. melihat anak2 aku yg membesar.. Anas yg makin pandai buat lawak.. ain yg semakin pandai mengeja dan sentiasa memberi soalan cepu emas wat aku sentiasa tersenyum sendiri.. begitu bangga aku pada mereka...
rindukan mereka.. semalam kepala aku skit sgt smpai aku x mampu utk dgr sebarang bunyi.. maafkan mommy syg.. sbb x sempat nak main sama-sama semalam....
0 membebel:
Post a Comment