Migrain..
selalu dengar.. aku pun selalu alaminyer..
klu aku terlalu memikir.. sesuatu yang memerlukan aku berfikir sgt.. kadang2 kepala aku sakit yg teramat..
akhirnye.. Pentalon 500gm sebanyak 2 bijik akan aku telan... hehehe
so sini ada cket info...
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Di dapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa simptom seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya
Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.
Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.
Pakar pemakanan dan naturopati, Max Tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan mendapat cukup rehat, mengurangkan tahap stres dan menggunakan ubatan herba yang dibenarkan bagi meredakan migrain dan mengurangkan penderitaan serta kekerapan diserang migrain.
''Serangan migrain juga mungkin adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makanan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian.
"Di sini, kami tidak boleh menyenaraikan makanan yang berpotensi kerana terlalu banyak. Cuma dinasihatkan supaya menukar diet makanan kepada yang berkhasiat, segar dan menjauhi bahan kimia yang tidak semula jadi terutama dalam makanan proses atau dibungkus,'' katanya.
Tambahnya, seseorang itu juga harus berhati-hati dengan penyebab biasa seperti tekanan darah tinggi, masalah usus, tekanan darah rendah, tidak cukup tidur, sakit di bahagian belakang dan tengkuk serta kekurangan oksigen.
mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat dikatakan boleh mengurangkan penderitaan migrain. - Gambar hiasan
Makan untuk mengurangkan migrain
Berhati-hati dengan kafein - kafein boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Justeru itu amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, jus buah-buahan dan teh herba.
Sentiasa berhidrat - mengamalkan pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, amalkan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bebas garam - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai penyebab kepada migrain. Garam boleh meningkatkan tekanan darah, mengurangkannya atau langsung tidak mengambilnya boleh membantu seseorang itu mendapat risiko migrain.
Darah melekit - darah boleh menjadi 'melekit' (dipanggil kumpulan platelet) yang berpunca daripada diet yang tidak betul. Ini bermakna darah itu tidak mengalir lancar dan meninggikan tekanan darah. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk avacado, bijirin gandum tulen, kacang hazel dan minyak ikan Omega 3 yang boleh diperoleh pada ikan salmon boleh membaiki pengaliran darah.
Fiber - produk buangan yang berada di usus yang paling bawah boleh menyebabkan berlakunya toksin. Seseorang individu harus mengambil sekurang-kurangnya 40 gram fiber setiap hari bagi memastikan perut bersih dan berfungsi dengan berkesan, tetapi selalunya, seseorang itu hanya mampu sebanyak 20 gram. Sehubungan itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan fiber seperti beras perang, prun, kekacang, lentil dan sayur segar.
Gula dalam darah - makanan yang sarat dengan gula dan tepung gandum mengakibatkan peningkatan tahap tenaga dan sekali gus meningkatkan gula dalam darah. Ini menyebabkan pening kepala. Makanan ringan atau hidangan kecil yang berkhasiat seperti oat, bubur dan kentang panggang boleh menurunkan kadar gula secara perlahan.
Magnesium - magnesium penting untuk saraf dan otot. Ketiadaannya boleh menyumbang kepada migrain. Epal, aprikot dan beras perang kaya dengan mineral ini.
L-Tryptophan - asid amino yang berfungsi sama dengan magnesium bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu mengurangkan migrain. Sumber makanan berkhasiat ialah beras perang, keju dan soya.
Sunday, October 25, 2009
Just Info... Aku selalu alaminya jugak..
Posted by Madamme Anne at 7:44 AMSunday, October 18, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Kenapa Tidak
Posted by Madamme Anne at 7:31 PMKenapa terlalu sukar utk menyatakan tidak..
he hurt u so much..
but when he come back asking for anything..
u tried n tried to pleased him..
Tolong La...
kuat sikit diri tu..
remember that he made u cry damn hard before..
u totally break ur heart becouse of him..
Tuesday, October 13, 2009
Kesinambungan Dari Post Cik Puan Ezzah
Posted by Madamme Anne at 8:25 PMini ketika anak ku berusia setahun... hurm.. comel kan... honestly aku mmg tak sedar yang badan aku semakin naik.. hinggalah waktu kenduri kawan aku ni, cousin hanan tegur.. Katanya "akak tak kenal awak, ya allah, gemukknya awak sekarang"
berdesing rase telinga... nasib la..
ni gmbr raya tahun lepas, bulan 10 2008..
bagai di pam-pam..
waktu ni bulan Disember 2008 ni kecik sket kot.. perasaaan... hehehe
Bulan February 2009
Sunday, October 11, 2009
He Now 1yr and 4mth... Big N Naughty Boy
Posted by Madamme Anne at 8:29 PMlama nyer tak update blog..
tak tau apa yang nak ditulis...
what ever...
Selamat Hari isnin semua..
semoga minggu anda semua bermula dengan seronoknyer...
daaaaaaaaa