Wednesday, July 29, 2009

Nasi ayam

hari selasa lalu aku MC.. badan tak berapa sihat..
memang la.. aku gi menyeksakan diri di Bukit Jalil.. Whole day berpanas dan berdiri ataupun duduk di kali jln.. memang menyakitkan hati..
hari ahad balik kuantan..
lewat.. pukul 6 petang baru sampai rumah kakak aku..
ambil anak2... tgn anas makin teruk..
dia kan ade ekzema... dan menurut kakak aku.. dia mcm ada asma cket la...
hurm...
aku suggest pada my Mr untuk bawak Boy ke klinik..
kitorang pergi ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ang..
bile Doc check.. yes, he is...
dia memang kena serangan asma.. kena sedut nebulizer (itulah istilah yg aku gunakan)
menangis.. meraung.. melalak.. tgnku erat memeluk dia.. ya, dia dah semakin membesar, tenaganyer semakin kuat... last time kena sedut awal tahun lalu.. umurnya baru mencecah 7 bulan..
sabarlah sayang..
kesian, tp he would be better bile dah kena sedut tu kan...
alhamdulillah, lepas je keluar dari klinik.. he is very cheer n aktive..
habis kakak kena buli... aduhai..
disebabkan panel my Mr tak cover klinik pakar.. maka terpakse la aku mengeluarkan duit sendiri.. leh tahan gak.. Makan ratus gak eh...
tp nak wat caner kan... anak...
kita memang mahukan dia yang terbaik... jgn menyesal di kemudian hari sudah...

so hari selasa baru ni, mulanyer aku ingat nak mlskan diri jer...
tp bile memikirkan betapa lama aku dah tak memberi hubbyku makan..
aku aku merajinkan diri pergi ke pasar...
erm.. nak masak apa yer....
hikhik.. aku masak nasi ayam untuk dia..
lama dah tak mkn nasi ayam buatan sendiri..
dah 2x buat, hasilnye masih lagi tidak memuaskan...
kena cube selalu la gayanyer kan... hehehehe

hari ni duk opis mcm biase... bos ade..
alhamdulillah, kehidupan aku di pejabat tak lari menyakitkan hati..
aku sentiasa cuba mengambil positif untuk setiap perkara yg berlaku..

Tuesday, July 21, 2009

Bayar HUtang Tag Pn. Nissa..

Cara-caranya :
1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.
3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.
4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.
5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.








Beauty Secret
(hahahaha.. aku ketawa dulu.. apa yg beauty tak tau la)






Skin Product


Shower Creme






2 ni product kegemaran aku..


yang hijau tu Aloe Bath Gelle, Product dari Forever Living.. Wangi dan mampu membakar lemak.. lagipun dia serbaguna.. wat cuci muka pun leh.. sbb produk ni dtg dari Aloe vera


yang Merah tu Japanese Cherry Blossom dari Bodyshop.. Wangi giller..







Yang ni plak.. Creme utk Kulit.. Klu tak silap Bhn dia dari Propolis n aloe vera.. suka pakai.. wangi n melembutkan kulit..


Untuk muka, aku pakai set ni...

tak reti nak ckp, sbb rasenyer muka ni tak de bermasalah ngat.. so far ok la..



Hair Produk




aku guna 2 ni utk stylishkan(hahaha) rambut aku..





Shampoo n Conditioner aku pakai ni..
Also Produk Forever LIving.. Bukanlah nak promote barang sendiri.. tp so far produk nyer very gud n nice.. lagipun seme produk ni berasaskan Aloe Vera..
lain-lain

deodorant aku.. sekali pakai jer.. leh tahan sehari bau bdn.. tak melekit.. serius...

shud try it.. harga pun tak mhl.. besar, n jgn risau sbb myb korang pk tak leh nak ltk dlm handbag.. tak perlu.. sbb dia bertahan sehingga sehari..




Supplement Harian

tu juz aloe vera, untuk penghadaman... org nak kurus leh minum benda nih...

2 lagi tu, royal jellly n fish oil..



Perfume:

lupa arr nak amik gambar.. Skang pakai YSL: Cinema..
satu jer... perfume lain seme kena amik dek my sister.. hehehe






Sekian terima kasih...

Tolong jwb tag ni pada sesiapa yang membaca...
hehehehe

Monday, July 20, 2009

Cuba tengok...


apa pendapat korang..
cermin tu rendah sgt atau ngam2 jer...
klu tgk realiti nmpk mcm rendah..
tp klu tgk dlm gmbr ni mcm ok plak....
tolong bgtau cket leh...
TQ..
XOXO

Tuesday, July 14, 2009

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.
Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.
"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.
Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.
Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom. Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa.
"Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya.

Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak.
Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.
Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema."Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.
Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan."Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya.Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.

TANDA- TANDA
Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
* Mengelupas
* Bersisik
* Kemerah-merahan
* Kulit yang kering
* Penebalan kulit
* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN
Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.
Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients).
Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak
* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.
* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)
Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.
Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama.
Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk.
Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI
* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.
Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.
* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN
* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering.
Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

aku pun mengalami masalah ni.. dulu aku terpaksa amik injection utk kurangkan masalah ekzema ni.
alhamdulillah sejak aku amik Artic Sea iaitu campuran minyak ikan dan myk zaitun.. kulit aku dah sembuh..
masalahnyer sekarang ialah anak aku.. Boy..
mengalami masalah yang sama.. dah byk klinik kami pergi.. dia plak semakin membesar, bile krim disapu.. dia dah start pandai masukkan dlm mulut.. cukup bahaya...
hurm.....

Sunday, July 12, 2009

Inikah SON????

jgn terkejut...
ni semua gara2 hujung kalender..
Kakak dia tengah pegang kalendar tu, then dtg si boy.. dan kakak secara tidak sengaja telah tolak adik dan muka adik terkena btg besi itu..
tp yang peliknya.. dia tak menangis sikit pun..
cuma tibe2 kakak kata "mummy, pipi adik ada darah"
terkejut besar aku... cepat2 aku lap darah n cuba bersihkan..
yang menambahkan sakit di hati aku..
Dia bukannyer nangis sbb sakit.. tp dia nangis sbb marah aku pegang dia supaya jgn gerak..
waktu aku letak minyak kat pipi dia.. tengok lukanya..
agak dlm lukanya.. SEDIH!!! bergenang air mata...
aku tgk kakak pun sedih..
tak pe la kakak.. mummy tau kakak bukan sengaja buat adik kan...








agaknyer dia memang tak sakit kot..





tp kan.. cube korang tgk gmbr2 nih... walaupun muka dia dah bercalar balar... tgk la aksi dia.. tak de gaya org sakit langsung...

aduhai.. anas haikal...

Buah nenas yang ganas dan nakal...




Friday, July 10, 2009

Satu lagi Common Day

Hari ni satu lagi hari yang biasa..
sampai bile nak menjalanai hidup mcm ni pun tak tau laa..
tiap2 hari mengadap laptop..
chatting.. blogging.. forumm...
apa lagi nak wat eh...
ntah la... mlm ni ingatnyer nak balik kampung..
dah lama sgt dah tak balik sana..
klu tak silap.. last time balik sana is raya cina dulu...
wah!!! lama kan.. dkt 5 bulan dah..
ish...ish..ish...
bukannyer tak nak balik.. tp klu dah tuan empunya diri yang sibuk.. tak berkesempatan nak balik.. aku leh wat per... aku sekadar mengikut jer..
lagipun dah 2 kali dah berlaku.. kitorang nak balik sana, mak dia plak dtg sini...
so.. apa nak dikata....
harapnyer kali ni tak de la apa2 rintangan..
ayah mertua 1 of my Mr meninggal baru nih..
tu yg dia nak tgk kwn dia tuh...
tak kesah la....
aku pun dah lama tak rase rojak petis.. rindu plak rase..
sebenarnyer seronok sgt balik mersing.. kawasan dia aman jer...
aku ingat lagi 1st time aku sampai tempat tu... Radio Era, TV3 pun tak dapat... terkejut gler..
kul 9 mlm, kedai2 dah tutup.. sunyi jer.. aduhai..
tp seronok la.. Aman, tak bising..
Klu berkesempatan leh ajak My. Mr bwk anak2 mandi Air Papan.. yes!!

Wednesday, July 8, 2009

Title:

Lega sket rasenyer sekarang..
rumah dah siap.. tggl grill belakang jer lagi..
kabinet dapur pun dah siap..
langsir dah pasang..
set sofa, kabinet tv, tv pun dah beli..
nasib baik tv amik dengan abang aku.. bukan je dpt harga murah..
pakai dulu baru bayar plak tuh.. hehehehe..
wiring dag siap, cat pun dah siap... cermin dah tempah, next week amik..
astro dah register, next week gak instalation..
grill belakang lagi 2 mggu baru siap pasang..
skang ni nyer mission.. pasang langsir bilik.. letak cermin dan kemaskan rumah..
dkt 1 bulan aku pening pikirkan rumah..
hurm....

Td hantar keta servis.. Major servis 40k km..
lebur gak la duit sket...
nak wat caner kan.. ini lah kehidupan...
ada pro n contra..


suara hati: hari ni pose.. tak mo nangis walaupun My Mr. sgt menyakitkan hati hari ni... :-(
sob..sob...

Tuesday, July 7, 2009

BUAT TONTONAN UMUM.. hikhik

tgk la telatah anak jantan aku...

Monday, July 6, 2009

AMIK TAG DARI NISSA

Tag Ni Amik dari Page Nissa...
saje.. kehabisan Idea..

berapakah umur anda?
24 tahun.

anda berasal?
Kuantan, Pahang

berapa adik-beradik? anda yang ke? nyatakan berapa orang lelaki dan perempuan?
- 6 beradik
- anak ke-5
- 4 perempuan, 2 lelaki

anda bersekolah di mana?
SK panching Selatan. SMK tg Afzan, SMK Panching Selatan, SMK Alor Akar

bila terakhir anda memotong rambut?
last 2 week...

syampoo yang anda guna sekarang?
Forever Living

anda gemar menjahit? kalau tidak, nyatakan sebab?
sangat suke..

apakah kerja rumah yang paling malas nak buat?
lipat baju...

bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila²..
- byk sgt la...
- lahirkan ain, tgk dia mula2 berjln, bile dia mula2 sebut ma..
- lahirkan anas, tgk 1st step dia..

Friday, July 3, 2009

tagging...

1st - sila tunjukkan work station anda & nyatakan apakan rutin harian anda di situ.




rutin harian......


masuk pejabat, buat air.. check surat yang keluar dari bilik bos.. isi no rujukan.. bg kat PAP.. then ngadap laptop sambil chatting.. klu ada orang nak melayan sampai la balik..



2nd - sila attachkan gambar anda pada hari ini di samping senyuman yg sungggguuuhhh manis




manis sgt la.. bantai je la ezzah oii....



3rd - sila nyatakan sesuatu yg rakan2 anda tidak tahu berkenaan anda
- cerewet soal mkn, tmpat tido dan tandas

- garang dgn anak2 sedara

- My Mr ckp aku pandai masak, tp aku cukup mls memasak..

- pandai wat choc moist cake.. jgn tak caya.. hehehe

tak mo tag sape2.... semua ezzah dah tag..

sapa nak sila amik...


Wednesday, July 1, 2009

Pelangi Oh Pelangi

Membaca blog rakan2 ku dah menjadi satu hobi baru..
setiap hari, bile aku connet je pada internet..
perkara pertama yang aku lakukan ialah bukak blog aku dan lihat blog kawan2 aku yang lain..
aku suka membaca kesah2 diorang..
ada kisah anak2, ada kisah perkahwinan, keluarga dan mcm2 lagi..
kdg2 bile kita membaca.. adakalanye si penulis terlupa... menceritakan segalanyer..
sehingga si pembaca merasakan penulis seolah2 bongkak, show off..
but kawan2 ku.. andai kata itu pernah terlintas di hati korang bile membaca blog aku..
aku minta maaf.. aku sekadar ingin berkongsi cerita bersama kalian...

hari ni.. hari sebelum ni..
aku sentiasa menunggu cahaya.. pelangi, matahari, bulan...
ntah kenapa.. hatiku salju..
sukarnyer melemparkan senyuman.. sukarnyer ketawa..
terlalu byk masalah yang menimpa..
sehingga aku tak mampu nak terima..
dikala aku meluahkan segala ini, air mataku bergenang...
begitu sukar untuk mengandaikan masa hadapan...
sedih, kecewa, patah hati.. semua itu berlaku..

ya allah.. tabahkan hatiku...
aku perlukan begitu byk kekuatan sekarang..
terlalu byk perkara perlu aku selelsaikan..
aku tak boleh berputus asa..
byk lagi perkara bergantung padaku..

hidup ini compleks kan...
aku teringat di waktu aku di sekolah menengah dulu..
dari dulu sampai sekarang.. kwn2 ku tahu.. aku memang seorang yang tak reti diam..
talkative.. ketawa tak berhenti..
tp dalam ketawa itu, mungkin ada derita kan.. tak siapa yang tahu..
waktu tu aku berusia 16 tahun.. agaknyer terlalu byk masalah sehingga pada suatu hari tu, aku tak berckp.. aku menangis.. ramai yang tertanyer.. kenapa la minah kepoh ni menangis..
sahabatku menjawab.. dia ada masalah...
ayat yang keluar dari rakan lain... ish.. org macam dia pun ada masalah.. ingatkan dia tak de masalah.. selama ni tgk ketawa jer...
padaku, begitu cetek pemikiran mereka kan...

erm... ternyata aku tak tahu apa terjadi padaku sekarang..
aku perlukan kekuatan.. kekuatan untuk meneruskan segalanya..
YA.. SEGALA-GALANYA....

KEBOSANAN

Kakak dia tak de...
sian dia main sorang2... hehehehe