
Sunday, December 28, 2008
kenal tak .. hehehe
Posted by Madamme Anne at 7:45 AM
Thursday, December 18, 2008
Nama ‘Timang-timangan’ anda oleh yang tersayang?
*Commercial name : Sit Salwa Suhada Bt Kamaruden
*Suami tercinta: dulu Ayang skang dah jd Mummy
*Ain & Anas: Mummy ( anas tak reti ckp lg) hehehe
*Girlfriends : Salwa, Wa, Anne
*Kawan Sekolah Rendah : Salwa, Ada
*Boss : Pn. Salwa
*Anak-anak buah : Mak teh( anak kakak2 aku la)
*Mama Mertua : Salwa
*Sepupu, kenalan yg lbh muda: Kak wa, kak Ada
Anda seorang yang...
KEKUATAN AKU
Manja - sometime aku manja.. (rasenyer dgn hubby aku je kot) tp bukan yg jenis gedenir per tuh.. on the same time, aku jugak independence..
aku tak suka nak menyusahkan orang, kecuali aku btul2 nak mintak tolong sgt2..
aku tak kesah gi shopping sendiri, mkn sorang2 sbb aku mls nak susahkan org temankan aku..
klu orang mintak tolong ari aku, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk tolong.
aku jenis sgt berusaha.. selagi aku tak dapat, aku tak puas hati.
aku memang kuat menangis.. skang aku lebih cepat tersentuh klu benda tu berkenaan dgn keluarga n anak2 aku..
aku sgt sayangkan anak2, suami dan keluarga aku.
Aku sorang yg happy.. Mana2 yang kenal aku tau aku suka ketawa dan aku ckp byk..
KELEMAHAN AKU
Aku cepat ngat panik.. kdg2 benda tak hbs info, aku dah panik giller
aku moody, tp aku tak tunjuk depan orang.. biasenyer aku akan lepaskan kat hubby aku.. sian dia
aku pemalas.. Mls kemas umah.. Tp bile aku serabut sbb umah umah, aku mengamuk.
aku memilih.. makanan, pakaian, sometime org.. hehehe
ada kalanyer org akan ckp aku ni sombong.. silap timing tegur aku la tuh.. hehehe
aku boros.. yg amat sgt.. kdg2 aku beli baju.. aku tak pakai pun..
aku suka mendesak hubby aku.. sian dia..
kdg2 aku sgt mengahrapkan orng ikut ckp aku.. bossy cket..hehehe
Describe apa membuatkan dia terlalu istimewa dimata anda...
* dia sayangkan aku
* dia sanggup lakukan apa saja utk bahagiakan aku
* dia baik dgn keluarga aku
* dia terima aku seadany
* dia menyayangi keluarga kami
* dia seorang yang sangat lembut hati..
byk la.. tak ter list
Makanan & Minuman favourite anda
Food : Sate
Drinks : Byk sgt..
Favourite colour : cream & white
Favourite song : ntah la..
Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak:
Kawan-kawan saya, family n hubby n anak2 ku yg comel!
Sikap yg membuatkan anda stress
mungkir janji, janji kosong
gila kuasa
bodoh sombong
3 benda yg mesti ada dlm bag anda
1. handphone
2. purse
3. pen
Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
tak ingat tarikh.. gaduh dgn hubby.. luar biase nyer gaduh.. tak cukup iman, goyang tiang arashi
Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda
termasuk dlm tandas lelaki.. siap kena tegur dgn guard.. adus.. memalukan..
Tag 6 rakan anda6
rasenyer semua yg aku kenal dah kena tag.. amik la sesiapa nak ek.. hehehe
P/s: izah, aku tujukan tag ni kat ko 2 mggu lepas, tp aku tak dpt nak publish sbb server down.. sory!!
Hari Yang Menyedihkan..
Posted by Madamme Anne at 11:02 PMpagi td bgn agak lewat.. so mcm kelam kabut sikit la hantar anak2.. Sampai kat Taska, ain mengamuk tak nak gi sekolah katanyer..
aku bukak pintu kanan, dia lari belah pintu kiri.. dia menangis tahap ape tah.. Macam seksa sgt gi taska tu.. Waktu hantar anas, budak2 taska tanyer " bwk nestum anas tak?" caner la aku leh lupa.. aku ingatkan aku dah bg baru ni rupanyer tak? maaf sgt2 la.. Sian anak aku..
Sampai opis, aku ok jer.. baru nak amik breakfast, aku baru la perasan yg ubat aku tertinggal.. aduh!! Satu hal la plak..
erm.. aku nak byr duit kutu ni rm600, aku tgk dlm wallet ade rm500.. tak cukup ni, tgh hari kang nak beli baju anak2 plak.. kul 10.00 pg aku turun, nak kuarkan duit.. Bank depan pejabat jer.. So waktu pengeluaran ialah 10.18 pg.. aku bwk kuar la rm400.. So duit yg Rm400 ni, keluar je dari atm, aku terus lipat tanpa kira dulu.. naik pejabat, terus masukkan dlm purse dlm keadaan berlipat 2..
tiba2 .. org dari HQ call, mintak aku betulkan claim aku.. so aku pun tggl je la duit tu dlm purse. purse plak dlm handbag kat dlm bilik.. aku pun wat la kerja kat meja typist.. sambil2 bersembang..
dah siap kerja aku, lebih kurang kul 11.15pg.. aku pun nak la bg duit kutu kat sorang Puan E ni.. dengan penuh confident aku amik duit yg berlipat tu n rm200 lg dari Duit aku yang ade RM500 td.. Kononyer cukup la RM600.. aku pun bg je la kat Pn E tanpa kira, tibe2 Pn E panggil " eh, duit yg awak bg ni ade 10 keping jer"

alamak, caner lak leh jd gitu.. Puas aku punggah handbag aku.. Aduhai, duit aku hilang.. Dan duit yg hilang tu dari duit yang telah aku lipat. So posibblilitynyer:
1. duit yg kuar dari mesin atm tu cuma RM300 sahaja - tp dlm slip aku widraw rm400
2. Duit aku kena rembat dek someone waktu aku tgh wat kerja kat meja typist
3. Myb tercicir otw aku naik ke opis.. ( quite mustahil sbb aku pegang erat duit tu)
Aduh.. Sedih gler.. Tak dapat la aku nak belikan baju utk anak2 aku.. dapat tu mmg la dapat, tp kurang la..

aku rase tension sgt.. mengadu kat hubby aku, tp dia bukanlah org yg pandai memujuk.. ayat dia:
" nak wat caner, bukan rezeki kita"
" sabar jer la, kita tak leh wat menda dah pun"
Sakitnyer hati.. tolong la aku sabarkan diri aku sendiri..


sedihnyer.. myb org tu ingat aku ni byk duit kot.. ye la kan, dpt bonus.. tgk lak dlm dompet aku tu ade byk gak.. tp semer duit tu ade kegunaanyer la..
Tuesday, December 9, 2008
KAKAK ADE SUBANG
Posted by Madamme Anne at 7:32 PM



Thursday, December 4, 2008
Semoga Mereka di Letakkan di Kalangan Org2 Yg Beriman
Posted by Madamme Anne at 4:32 PMKUANTAN: “Saya tidak menyangka perilaku ayah bersama dua adik kembar dan seorang anak saudara yang kelihatan ceria serta berpakaian kemas ketika mahu ke masjid mendengar ceramah agama rupa-rupanya petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya,” kata Hanizam Hanafi, 27.Hanizam anak kepada Hanafi Ibrahim, 67, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 24.2 Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhampiran Kampung Sungai Atong di sini, malam tadi.Turut terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu dua anak kembar Hanafi berusia 16 tahun, Abdul Halim dan Abdul Hakim, serta cucunya, Abdullah Sahid Mohd Asri, 14, apabila van Nissan Vanette yang mereka naiki bertembung sebuah bas.Ketika kejadian, bas dari arah Sungai Lembing menuju Kuantan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.
Van dinaiki mangsa tidak sempat membrek sebelum bertembung dengan bas itu secara berhadapan sebelum terperosok di bawahnya.
Semua mangsa terbunuh di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan, manakala seorang mangsa tercampak keluar van.Hanizam yang juga kakitangan penyelenggaraan di Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata, dia menerima berita kemalangan itu kira-kira jam 8.30 malam selepas dimaklumkan rakan bapanya.“Arwah ayah dan adik-adik serta anak saudara langsung tidak menunjukkan perubahan sikap sebelum ini. Cuma mereka kelihatan ceria ketika mahu bertolak ke Masjid Sungai Lembing selepas solat Maghrib.“Sebenarnya, ayah tidak pernah ketinggalan mengikuti ceramah agama di masjid berkenaan setiap malam Rabu. Lazimnya, ayah ditemani ibu, Zainun Sulung, 60.“Malam ini (tadi), ibu tidak dapat ikut ayah kerana demam. Oleh itu, ayah ditemani dua adik kembar dan anak saudara yang menuntut di Sekolah Agama Tahfiz, Bukit Besi, Terengganu, yang pulang ke rumah kerana cuti sekolah,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.Katanya, kali terakhir dia bertemu empat anggota keluarganya itu pada petang semalam ketika mereka beramai-ramai menikmati minum petang di rumah Hanafi di Felda Panching Selatan, di sini.Menurut Hanizam, bapanya yang membuat dan menjual keropok tidak berniaga pada hari kejadian kerana hujan.“Sebelum ini, ayah sangat gembira kerana baru menerima kehadiran dua anggota keluarga baru berikutan perkahwinan adik lelaki dan perempuan saya, dua minggu lalu. “Apapun, saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.Mayat semua mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Felda berkenaan. Sementara itu, jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, mengesahkan menerima laporan itu dan masih menyiasat punca kejadian. Beliau berkata, pemandu bas terbabit sudah membuat laporan dan ditahan untuk membantu siasatan.“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.
AKu doakan semoga arwah cik napi dan anak2 dan cucunya itu berada dikalangan org2 yang beriman..
Tuesday, December 2, 2008
happy Birthday Nurul Mieza
Posted by Madamme Anne at 11:55 PMsweet 6 hehehe..
Mieza ni anak sedara aku yg ke 4..
Waktu majlis ni diadakan pun, dah belated sebenarnya. Kek ni ditempah khas di Pekan. Aku tempah gambar Barbie..rupanya aku silap paham antara cartoon artwork n edible emage.. so frust cket la sbb gmbar tu tak seperti yg aku harapkan.. tp nak wat caner.. Mak teh yang wat salah la, sory Mieza.. Lagipun, ekonomi mak teh kurang elok la mieza.. Sorry yer..

Mieza ni sbnrnye mmg suka mkn kek, mula2 aku sampai dia terus tersym bile tgk aku bwk kek
mieza: kek siapa tu ibu?
ibu mieza: la, kek mak teh la, kenapa?
mieza: tak de ape2 ( dengan nada sedihnyer)

Alah sayang mieza, ni suprise la.. mane leh bgtau miza..
aku sampai rumah pun dah kul 11 pagi.. kena tunggu seme kakak2 aku balik..
erm.. lambatnyer la diorang ni..
kakak yg last sekali sampai ialah kak chik aku.. dia n baby dia..
hehehe.. dia kena marah dgn mak sbb dia balik drive sndiri.. actually kak chik aku tu tgh dlm pantang.. hari yg ke-44, tp mak aku masih lagi marah dia selamber je kuar jln2.. ( hari tu je la)

dia sampai umah pun dlm kul 2 petang, so pusing sana-pusing sini, kitorang start majlis dlm kul 4 ptg gak.. antara yg hadir..
1. nenek
2. ibu (akak) - anaknya Mieza & danish
3. Umi (kak ngah) - anaknya Thirah.. Hadi tak nak dtg, takut kena marah dgn nenek
4. mummy(kak chik)- anaknya Honey, Lisa & alice (dia aje yg ade anak 3, girl lak tu semer.. hahaha)
4. mak teh (aku la) - anak aku Ain & Anas..
yg lelaki semua tak de.. Atuk, Anjang & Acu..
Manakala Si bapa2 kanak2 ini merangkap menantu mak aku pun tak balik.. Semua ade hal.. Jimat sket.. hehehe

herm.. esok ade exam PTK, pastu nak travel gi Kelantan plak.. sian anak2 aku.. 3 hari berjauhan..

