Wednesday, December 30, 2009

Dugaan

byk btul yg melanda skang..
bengang, tension, stress semua ada..
last week seperti yg aku publishkan dlm fb..
berkenaan hp hubby aku yg telah dihilangkan oleh kedaitelefon..

hari ni plak..
bil celcom aku..
baru aroun 6 day iaitu pada 25hb disember hari tu aku dah byr bil celcom aku sbyk rm370..
so bil yg tertunggak ada dlm rm46..
hari ni bil aku dah mencecah rm308..
mlm td je last aku check bil semasa ialah rm170..
pagi td tgk bil semasa aku rm260...
giller ker..
skang phone aku dah kena block..
bila aku call custumer service.. dia ckp x leh chek sbb still current bil..
f**k dia...
dia nak bg amaun suggested supaya bil aku leh release..
hotak dia..
baru je 6 hari lepasa aku byr bil rm370.. skang nak suh aku byr lagi..
aku amik pakej 1+5 utk utk berjimat.. tp ini jadinya.. c****a btul...

Monday, November 30, 2009

semua benda perlu disettlekan skang..
katanyer tahun depan tak de duit dah...

LO, claim..
perlu dibuat sekarang...

tp yg peningnya aku...

bile kerja aku dah settle...
kena tggu next action dari ibu pejabat...

time2 ni gak la nak hntr aku ke kursus...
on the dot...
same date dgn semua pembayaran LO

bile kita nak follow up dgn ibu pejabat...
katanya sabar n tggu...
kena ikut queue...
sedangkan bos kat pejabat ni.....
duk suruh settlekan benda cepat2...
masa ada seminggu jer...

mampus la aku mcm ni...
tension la....
bengang sgt..
T__________T!!!!!!!

Wednesday, November 25, 2009

Dillemma

Aku btul2 dlm dilema..
.
.
.
.
runsing
.
.
.
.
.
sbb
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
baju kat umah tu...
terlampau byk..
tp aku tak pakai dan ada antaranya tak leh nak pakai...
tp sayang nak buang...
sayang nak bg org...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sbb..
mane la tahu nnt leh pakai balik ke..
or zaman baju tu dtg balik ker...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tp, almari kat umah aku dah tak larat nak tampung la....
caner ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tolong!!!!!!

Wednesday, November 11, 2009

Terkilan sgt rase

marah & terkilan dgn seseorg.. time nak pinjam barang kita.. sampai sanggup dtg umah, even kul 10 mlm datang amik.. tp bile time nak pulangkan.. punya la susah.. sampai kena amik sendiri kat umah dia.. dia tak de pun kat umah.. main pesan jer kat org yg ada kat dlm umah tu.. skang, bile kita nak pinjam barang dia.. Mcm2 alasan dia bg.. Bengang betul rase!!!
Aku bukan la nak pinjam barang dia sesaje.. kebetulan dis time barang aku tu rosak.. so aku ada hal yg memerlukan aku pinjam barang dia.. tp macam2 alasan yang pada di akal fikiran aku lgsg tak logic.. bengang tul rase.. dah berapa kali dah jd mcm ni...


Klu dia sebelum ni mintak tolong dari aku... aku mmg sedaya upaya tolong dia..
Selama ni pun aku dah selalu perasan.. dia klu tak de hal atau nak minta pertolongan aku baru dia akan call aku.. time senang dia lgsg tak pedulikan aku pun..


Kena plak jns aku, klu org mintak tolong... beria la nak menolong..
Ye la, tak salah kan tolong org.. klu kita capable to help them.. why not.. tak luak pun tolong orang..
Tp klu dah org yang ditolong tu jns tak sedar diri... time susah jer cari kita wat per kan...


Tp ni lah aku... skang ni aku marah, kecewa dan terkilan sgt dgn perangai dia...
Tp apa yg aku leh wat..
Myb esok lusa dia akan call n mintak tolong aku... aku akan tolong dia lg...
Perlu ke aku tolong org mcm dia ni...
Ntah la......

Monday, November 9, 2009

i was at the middle of something

since dari mggu lepas lagi, aku rase serba tak kena..
tak tau la kenapa.. hati tak senang jer..
aku rase mcm aku ada wat salah pada seseorang..
tp aku tak tau apa sebenarnya salah aku..
pelik kan..
sekarang, since datang nyer pegawai contrak kat opis aku ni..
aku mcm ok cket bekerja..
sbb she was a very happy n gud person..
pendek kata leh ngam arr dgn aku..
byk kerja kitorang buat sama2
sampai kan bos aku pun tgr, seronok tgk kerjasama yg kitorang lakukan sehingga byk perkara2 kreatif telah kami cipta..
baru la seronok bekerja kan klu ada kwn..
sebelum ni aku tak rase seronok kerja sbb langsung tak de kwn..
kawan aku cuma laptop dan modem broadband aku..
klu tak de 2 item ni.. aku msti rase ralat nak bekerja..
skang ni dah ok cket..
tp aku still berkira2..
macam mana tahun dpn.. Cik ni dah hbs kontrak n definitely she wont not continue her contrak..
so...
my life will suck again... hurmmmm
im thinking.. thinking.. thinking...
anaother reason why my weight gain..
bcoz... when im upset..
i will looking for good n great dishes...
finally...
tgk la i skang...
chubby..

Thursday, November 5, 2009

kakak & Boy lagi


Aku betul pening kepala dengan anak-anak ku ni..
Kadang2 si kakak membuli boy..
Kadang2 boy buli kakak tahap 2x ganda..
Sometime aku terpk.. bile boy buat perkara yg menyakitkan hati.. aku selalu marahkan dia…
Paham ke dia… even umur dia 1 tahun 5 bulan.. aku dapat rasekan yg dia sebenarnyer paham apa yang aku katakan..
Contoh mcm semalam..
Aku tgh syiok tgh cerita.. citer menda tah.. tibe2 hanan panggil.. dia suh aku tgk sesuatu..
Actually.. anak2 aku mmg suka main dlm bilik.. diorg jarang main depan ruang tamu.. sebab nya bilik aku tu penuh dgn tilam.. kitorang tak pakai katil.. disebabkan bilik aku sempit, maka dgn 2 bijik tilam, sebijik 2 seater sofa n cabinet tv n tv… dah penuh dah bilik aku tuh… sempit kan, even tu ada lah master bedroom aku..
So, aku lebih selesa anak2 main dlm bilik sbb rase mcm secure jer.. tmbahan pulak, aku mmg akan pasangkan cd utk tontonan anak2 ku tu…
Skang ni ain giler tgk Transformers 2.. setelah 2 bulan dia asyik tgk citer Upin Ipin the Movie..
Maka semalam… waktu hanan panggil aku tuh, cepat2 la tgk… rupanye si boy dah panjat sofa dan duduk di tepi sofa tuh.. kat tempat kita letak tangan tu… bila aku n hanan tgk dia.. dia wat selamber jer..
Memang la aku sgt marah.. apa lagi… sememangnya aku adalah Mommy yg garang, aku suruh dia hulurkan tangan dan aku pukul la telapak tgn dia…
Menangis la dia.. kakak plak diam menikus.. Agaknye takut mommy marah kat dia plak kot..
Aku mengarahkan boy baring sebelah kakak.. tgk Tv…
Then, aku pun keluar la.. sambung tgk tv… tak sempat duduk.. aku tgk suara diarang adik beradik menjerit… aku agak, msti ada sesuatu yg diorang rebutkan.. mula2 ingat kakak yg nak rebut brg adik..
Bile aku masuk, aku tgk boy dah tindih kepala kakak… berebut bantal STAR…
Bantal tu dari td aku tgk si kakak mmg dah peluk.. rupanya boy.. lepas kena marah.. dia lepaskan geram kat kakak.. tu yg dia rebutkan bantal kakak dia tuh…
Disebabkan adik yg terlampau ganas… maka kakak beralah la bg bantal tuh… Sian tul la anak perempuan aku..

Wednesday, November 4, 2009

arghhhhhhhhhhhh

saya nangis sangat!!!!
mummy amik barang saya
saya nak barang saya...
arghhhhhhhhhhhhh!!!!





mummy dah bg....
yeah..yeah....
boleh saya tido dgn aman


Sunday, November 1, 2009

Swiss Garden

hari sabtu baru nih, aku n my Mr pegi Swiss Garden Resort n Spa... Nak gi Gym la konon nyer.. hihihi..
actually hanan dah register utk sport club kat Swiss Garden tu.. Untuk setahun.. start dari bulan 5 itu hari dah.. tp kitorang tak pernah pegi pun lagi..
so setelah postponed..postponed...
akhirnyer kitorang berjaya gak pegi hari sabtu baru ni..
dlm kul 8 kitorang sampai... berdebar gak.. sbb kitorang tak reti.. tak tau caner prosedur nya...
nak jd cerita.. sampai je kat lobby, hanan pun gi la kad receptionist tu.... tunjuk la kad ahli dia..
yg budak reception tu, terus amik kad n key in data apa tah.. then budak tu tanye..
"Nak berapa mlm ni cik?"
aku n hanan masing2 jadi blur.... so aku pun jwb la kat budak tu
"kitorg ni sbnrnya 1st time nak guna sport club.. caner yer.." malu siut.. hehehe
budak tu pun kata
"owh, biasenya klu diorg bagi card ni, nak check in bilik.. klu nak guna gym.. just terus ke sana jer.."
oooooooooooooooooooooooooo..... hanan sengih jer.. malu la tuh..
sampai kat fitness center tu... aku jd tak reti...
nak guna apa yer... tak de la byk ngat exercise equipment nyer...
dah boring naik treadmill, so aku pun mcm nak main tenis...
tp raket tak bwk... klu guna raket diorg.. kena sewa... sepasang RM30.. not worth it la plak kan...
then.. rase nak mandi jer la.. masuk sauna....
hehehe.. sekali sauna lmbt panas la pagi2 gini... diorg suggest dtg petang kan...
hurmmmmmmm... tgk la, aku jwb...

so petang tu... aku ni mcm boring jer duk umah...
aku pun ajak la hanan gi semula Swiss Garden... Bwk anak2 main pool..
dlm kul 6 kitorg sampai...
seronok betul ain n anas main air...
anas sampai tak nak naik.. Puas gak la pujuk...

Semalam ain ckp
"mummy, nnt kita gi lagi yer kat kolam biru mcm semalam tuh"
aku angguk kan kepala jer..
mmg kena g.. klu tak rugi la byr mhl2... tp tak gunakan kan...

Sunday, October 25, 2009

Just Info... Aku selalu alaminya jugak..

Migrain..
selalu dengar.. aku pun selalu alaminyer..
klu aku terlalu memikir.. sesuatu yang memerlukan aku berfikir sgt.. kadang2 kepala aku sakit yg teramat..
akhirnye.. Pentalon 500gm sebanyak 2 bijik akan aku telan... hehehe

so sini ada cket info...

Dalam satu kajian yang telah dijalankan di United Kingdom baru-baru ini, sebanyak 15 peratus penduduknya mengalami migrain. Di dapati wanita mengalaminya lebih tiga kali ganda berbanding lelaki. Selain menunjukkan simptom seperti tubuh lesu, kepala berdenyut, terdapat juga beberapa simptom seperti loya dan muntah, gangguan penglihatan serta sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Penderitaan ini bakal berlanjutan sehingga tiga hari lamanya
Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu dan cahaya daripada mentol lampu jimat tenaga serta makanan adalah beberapa faktor kepada serangan migrain.
Justeru, jalan penyelesaiannya ialah mengawal pemakanan dan mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat. Ia dikatakan boleh mengurangkan penderitaan dan sekali gus mengurangkan serangan atau kesakitan teruk kesan daripada migrain.
Pakar pemakanan dan naturopati, Max Tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan mendapat cukup rehat, mengurangkan tahap stres dan menggunakan ubatan herba yang dibenarkan bagi meredakan migrain dan mengurangkan penderitaan serta kekerapan diserang migrain.
''Serangan migrain juga mungkin adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makanan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian.
"Di sini, kami tidak boleh menyenaraikan makanan yang berpotensi kerana terlalu banyak. Cuma dinasihatkan supaya menukar diet makanan kepada yang berkhasiat, segar dan menjauhi bahan kimia yang tidak semula jadi terutama dalam makanan proses atau dibungkus,'' katanya.
Tambahnya, seseorang itu juga harus berhati-hati dengan penyebab biasa seperti tekanan darah tinggi, masalah usus, tekanan darah rendah, tidak cukup tidur, sakit di bahagian belakang dan tengkuk serta kekurangan oksigen.

mengikuti panduan diet yang sihat dan berkhasiat dikatakan boleh mengurangkan penderitaan migrain. - Gambar hiasan
Makan untuk mengurangkan migrain
Berhati-hati dengan kafein - kafein boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Justeru itu amalkan minuman berkhasiat seperti air kosong, jus buah-buahan dan teh herba.
Sentiasa berhidrat - mengamalkan pengambilan air boleh mengurangkan sakit kepala dan migrain. Oleh itu, amalkan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Bebas garam - tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai penyebab kepada migrain. Garam boleh meningkatkan tekanan darah, mengurangkannya atau langsung tidak mengambilnya boleh membantu seseorang itu mendapat risiko migrain.
Darah melekit - darah boleh menjadi 'melekit' (dipanggil kumpulan platelet) yang berpunca daripada diet yang tidak betul. Ini bermakna darah itu tidak mengalir lancar dan meninggikan tekanan darah. Makanan yang kaya dengan vitamin E termasuk avacado, bijirin gandum tulen, kacang hazel dan minyak ikan Omega 3 yang boleh diperoleh pada ikan salmon boleh membaiki pengaliran darah.
Fiber - produk buangan yang berada di usus yang paling bawah boleh menyebabkan berlakunya toksin. Seseorang individu harus mengambil sekurang-kurangnya 40 gram fiber setiap hari bagi memastikan perut bersih dan berfungsi dengan berkesan, tetapi selalunya, seseorang itu hanya mampu sebanyak 20 gram. Sehubungan itu, digalakkan makan makanan yang kaya dengan fiber seperti beras perang, prun, kekacang, lentil dan sayur segar.
Gula dalam darah - makanan yang sarat dengan gula dan tepung gandum mengakibatkan peningkatan tahap tenaga dan sekali gus meningkatkan gula dalam darah. Ini menyebabkan pening kepala. Makanan ringan atau hidangan kecil yang berkhasiat seperti oat, bubur dan kentang panggang boleh menurunkan kadar gula secara perlahan.
Magnesium - magnesium penting untuk saraf dan otot. Ketiadaannya boleh menyumbang kepada migrain. Epal, aprikot dan beras perang kaya dengan mineral ini.
L-Tryptophan - asid amino yang berfungsi sama dengan magnesium bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan membantu mengurangkan migrain. Sumber makanan berkhasiat ialah beras perang, keju dan soya.

Sunday, October 18, 2009

Anak-anak saya yg nakal & Comel


Wednesday, October 14, 2009

Kenapa Tidak

Kenapa terlalu sukar utk menyatakan tidak..
he hurt u so much..
but when he come back asking for anything..
u tried n tried to pleased him..

Tolong La...
kuat sikit diri tu..
remember that he made u cry damn hard before..
u totally break ur heart becouse of him..

Tuesday, October 13, 2009

Kesinambungan Dari Post Cik Puan Ezzah

Dari post cik Puan ezzah..
so aku pun rase mcm nak merakam kan gambar2 aku dari dulu sampai skang..




tp ni je la gmbr yang jumpanyer




ni gambar tahun 2004.. sebelum bertunang.. baru lepas hbs praktikal waktu sem 3.. ni zaman tak cukup mkn lagi..klu tak silap aku, berat aku waktu ni dlm 45 kg jer..





time ni Ain baru berusia lebih kurang 3 bulan..
kira still dlm pantang lagi la.. hehehe
this time berat aku dlm 52kg kot..
Best nyer la klu aku dapat berat tu skang nih..


yang ni.. aku dah start mengepam badan aku.. sekitar tahun 2007..
aku mencecah 60kg gak time tuh



ini ketika anak ku berusia setahun... hurm.. comel kan... honestly aku mmg tak sedar yang badan aku semakin naik.. hinggalah waktu kenduri kawan aku ni, cousin hanan tegur.. Katanya "akak tak kenal awak, ya allah, gemukknya awak sekarang"

berdesing rase telinga... nasib la..

ni gmbr raya tahun lepas, bulan 10 2008..

bagai di pam-pam..

ini pulak.. Aku jugak membesar bak Johan..

waktu ni bulan Disember 2008



ni kecik sket kot.. perasaaan... hehehe
Bulan February 2009





ni last 2 week.. cute tak? ngada toi mak org nih.. hahaha

sebenarnya klu sbb nak kurus ni dah mcm2 ubat la, korset la, joging, yaga, aerobik.. seme dah pegi.. tp mungkin sbb kadar metabolisme aku sgt rendah dah gaya hidup menyebabkan susah utk aku kembali kurus..

actually, aku dah pernah kira.. untuk aku kurus.. aku perlu amalkan makan sebanyak 1000 kalori sahaja.. mean, lebih kurang 1/2 cwn nasi putih sahaja sehari..

susah!!!!! hehehehe

aku ni selera besar...
so skang aku amik keputusan.. just jaga makan jer..
Harap tak naik dah ler..
*peace

Sunday, October 11, 2009

He Now 1yr and 4mth... Big N Naughty Boy

lama nyer tak update blog..
tak tau apa yang nak ditulis...

what ever...
Selamat Hari isnin semua..
semoga minggu anda semua bermula dengan seronoknyer...
daaaaaaaaa

Wednesday, September 16, 2009

Selamat hari Raya

DI KESEMPATAN INI... ANNE NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RAKAN2 SEKALIAN..
SBG MANUSIA, JARANG UTK KITA MENILAI DIRI SENDIRI.. JD ANDAINYA ADA SALAH DAN SILAP, TERKASAR BAHASA, TER'LASER' YANG MENYEBABKAN HATI TERGURIS, AMPUN DAN MAAF DIPINTA..

SEMOGA BERGEMBIRA DI HARI RAYA INI DAN BERHATI KETIKA MEMANDU..


Ikhlas dari hati,
Hanan, Anne, Ain Hana & Anas Haikal



tahun ni dah masuk kali ke5 aku beraya sebagai isteri kepada En Abdul Hanan.. ( lebih setahun pada izah.. hehehe)
dan for the 1st time tahun ni aku akan beraya di rumah mertua... sedih sgt tak dapat beraya dengan mak.. bile dengar lagu raya, aku dah start menangis.. teruk btul..
aku dah pesan awal2 kat my Mr.. jgn bising klu aku menangis mlm atau pagi raya tu.. aku mmg tak pernah tak de kat umah mak aku di pagi raya..
wlupun kami sekeluarga tak la terlalu meriah menyambut pagi raya.. tp aku cuma perlukan waktu mkn pagi bersama keluarga.. Mak bukan la masak special sgt, cuma nasi impit dan kari ayam serta rendang daging jer.. tp itu dah menjadi seperti tradisi keluarga aku..
sedih nyer...
hari raya ke2 baru la balik ke rumah mak aku..
erm......

Salah aku ker?????

berikut adalah perbualan nyer:

aku : esok ada staff dari pahang nak dtg sana, nak amik barang terus leh.. jap lagi saya fakskan borang permohonan. sempat ker?
staff sana : boleh jer.. sempat jer..
aku : nak fakskan borang kat no mane satu nih? (sbb ada 2 no faks)
staff sana : mane2 pun boleh


esoknya
aku tgk barang yg aku mintak tak cukup.. surat penerimaan pun tak de..
disebabkan salah satu stationary yg aku mintak tu sgt berguna.. tp langsung tak dibekalkan.. so aku bgtau la kat pegawai aku..

perbualannya:
aku : en. j.. sampul kecil yang kita mintak tu org sana tak bg langsung
en. j : berapa yg diorg bg
aku : diorng tak bg langsung
en.j : kat simpanan kita ada lagi tak.. berapa?
aku : ada la cket.. dlm 50
tibe2 bos aku mencelah...
bos : kenapa nih?
en. J : sampul kecil, diorg tak bekalkan.. tp cukup rasenyer utk keperluan kita

tibe2 bos aku pandang aku n ckp
bos : yang awak tak fakskan borang tu dulu kenapa.. mane la sempat org sana nak cari.. lain kali fakskan dulu borang permohonan alat tulis eh..

aku dgn muka terkejut
aku : eh.. saya dah faks kan la.
bos : org sana ckp tak terima faks tu.. yg awak tak call kata dah faks tu kenapa
aku : saya dah call, kata nak faks sekarang.. siap bgtau yg faks tu atas nama cik.......
bos : erm.. diorang la tuh yg tak terima..

skang.. sakit hati tak klu korang kat tempat aku....
suke2 kata aku tak wat kerja.... hantu btul.. macam si*& jer..

Tuesday, September 15, 2009

nak cuti gak...


aku tak kira.. aku nak amik gak cuti..
byk lagi menda aku nak kena buat...
hari rabu depan aku dah kerja..
nak cuti.. nak cuti..
hatiku dah tak de mood nak kerja...
sorry...........
p/s: tu kasut raya aku.. hehehe.. selok mcm budak2 kan..

Sunday, September 13, 2009

baju raya..

baju raya aku lagi lagi sepasang masih tak siap...
aduhai..
tak kira la org nak kata aku selak beraya pun.. cuma yang pastinye tahun ni aku kena meraikan raya pertama di Rumah mertua.. disebabkan ini kali pertama aku beraya di rumah mertua walaupun dah lebih 4 tahun berkahwin.. aku telah men'demandkan' diri aku kepada suami aku..
aku nak baju berpasang2..
sbnrnya aku dah ada 3 pasang baju, sepatutnya ada 4.. ni selai lagi tak siap..
TENSION la...

Friday, September 11, 2009

dah nak raya kan..

kejap jer...
sedar tak sedar lebih kurang seminggu je lagi dah nak raya..
baju raya aku tak amik lagi..
so far baju raya anak2 semua dah settle..
agak melampau cket la kali nih..
tp aku dah la simpan duit utk beli baju raya anak2..
kira-kira lebih kurang rm550 gak la dah ku habiskan utk mereka..
Byk??? banyak sebenarnye pada orang mcm aku nih...
macam2 leh buat dgn duit tu.. sebulan jugak la duit makan..
tp tak pe la.... setahun sekali jer kan...

petang ni My Mr ada jamuan berbuka puasa..
tp hanya utk dia, spouse n children tak leh bwk..
so My Mr kata dia berat hati sket nak pergi..
semalam cadangnye nak masak kari ikan tenggiri..
so pesan kat my Mr suh dia belikan kelapa parut..
kul 5.40ptg, aku sampai umah... dlm kul 6 ptg.. dia call kata kereta dia mati kat petronas..
suh aku amik dia..
so tak sempat la nak memasak... beli je la kat bazar ramadhan..
Actually.. My Mr tu dah muak makan luar nih.. so this ramadhan memang aku byk memasak..
boleh kira berapa kali jer ktorang beli makanan..

hari ni rase penat sgt...
myb sbb puas pusing MEgamall td...
ermmmm...

Wednesday, September 9, 2009

today is other day




terlalu byk yang nak diperkatakan..
tp aku tak pandai nak menyusun ayat supaya kelihatan seronok dibaca..
bahasa melayu aku memang lemah pun..
my mr pun selalu tegur sbb aku lebih suka menghantar sms dari call dia sedangkan call antara kitorang percuma.. memang la dia marah, dah la bahasa aku tunggang terbalik.. kadang2 dia sendiri tak dapat paham ape yang aku nak sampaikan.. hehehe

semalam aku MC.. food poisoning.. dah siap pakai baju nak gi kerja..
tp perut sakit melampau..

8.20pg.. pegawai kat opis telefon.. sibuk2 suh aku wat kerja.. dia wat sistem baru untuk ISO.. katanye dia dah bincang dgn bos utk guankan khidmat aku..
siap bagi dateline lagi suh aku wat kerja..
tp bos tak de bunyi pun.. semalam yang aku tau, semua org kat opis bengang sbb dia tu banyak ngat mencecehnyer...

boring tul kerja dgn orang tak reti bahasa nih..
untuk menambahkan cukup rasenyer... ada jer la tukang mengapi2 kan.. makin seronok la diorang ni nak tunjuk kuasa.. kebetulan bos tak de minggu nih.. kena attend meeting..tu yang masing2 naik minyak tu.. lagak tak hbs2... konon2 dah diberikan authority oleh bos..

kadang2 teringat kat opis lama.. bos ok tp gatal miang la plak..
kat sana jabatan besar.. pegawai pun tak la lagak.. yang paling best ayat bos lama aku dulu
" klu ada pegawai suruh awak buat kerja dia, bgtau saya.. saya akan ambil tindakan"..
wah.. seronok sket..

so semalam aku menghabis masa dgn anak2 aku..
boy dah bertambah2 nakal.. aku mcm shock cket sbb dia teramat nakal..
dia suka melompat atas kati..
skang dah leh panjat kerusi.. then berlari2, melompat.. bile org marah.. dia sengih... mana la jd nak marah bile tgk muka dia tuh..

kakak pun dah pandai jaga adik..
dah 2 mlm dia jaga adik dia sampai adik tido.. suke sgt tgk.. they are so so so sweet...
lagi 2 hari boy cukup 1 tahun 3 bulan...

nak belikan sampin n songkok kat dia..
aku tak tau la aku berkemampuan tak nak bwk diorang gi shopping..
to to noty la....

Wednesday, September 2, 2009

Penyakit Kritikal... MALAS

Malasnyer la skang nih..
malas nak gi kerja..
malas nak berkebun..
malas nak update blog..
sampaikan nak bukak blog pun pk byk kali sbb menyampah tgk blog tak berupdate2..
sebabnyer tak tau nak tulis apa...
sejak kebelakangan ni.. rase happy.. bahagia tp lonely...
macam mane tu eh.. pelik gak..
hehehehe..
yg pastinyer... bulan pose kali ni aku suke nak masak...
petang ni nyer menu...
masak lemak kuning udang dgn belimbing buluh...
agak2 nyer jadi tak tah...
belasah je la sayang.... u yg pose...
i diwaktu haram berpuase.. hehehe...

LOVE YOU MY HUBBY... MUAHHHHHH

Wednesday, August 26, 2009

Juadah Berbuka Puasa hari ke-5

hari ni rase nak update blog jer.. Nak cerita pasal juadah berbuka puasa yang aku cume sempat beli jer semalam... really.. really... MENYAKITKAN HATI...
Bak kata My Mr.. diorang ni memang saja suka nak kena sumpah seranah.. Dah la mahal nak mampus.. Rase plak memang kena sumpah je la.. bukannyer tak nak masak, tp ada kalanya tak sempat nak berkejar.. kebetulan semalam My Mr bwk keta, jd lambat cket la dia amik aku...
hurm.....
Wahai para peniaga, tolong la ikhlas sket berniaga tu....



kategori : sambal tempe
harga : rm4.00
comment: tak sedap langsung..

kategori : ketupat sotong
harga : rm5 seekor = rm10.00
comment : tak la sedap ngat seperti yg digembar-gemburkan

kategori : ikan terubuk bakar
harga : rm16 seekor (separuh lagi aku simpan)
comment: rase ok, cuma ada bahagian yang kurang masak

inilah juadah berbuka aku semalam... RM40 gak hbs... bankrup aku klu tiap2 hari..



Wednesday, August 12, 2009

Dah ludah jilat balik....

gambar ni tak de kena mengena pun dgn post aku nih

Peribahasa Melayu " Dah ludah Jilat balik" (betulkan aku jika aku slh).. rasenyer maksudnyer, perkara atau benda yang dah pernah kita tolak.. then kita amik semula...

sama lah mcm perhubungan seseorang kan... (aku tak tujukan kepada sesiapa yer.. hanyer sekadar berkongsi cerita)

Dulu.. aku sangat menggunakan prinsip ni.. bg aku, bile sesuatu hubungan tu dah putus, klu diorg continue semula sama la seperti peribahasa tu..

kadang2 ego ni tinggi, aku sendiri pernah alami... kerana terlalu berpegang pada prinsip dan ego yang tinggi.. aku tak sanggup continue hubungan kitorang walaupun aku masih sayangkan si dia tu..

( tp tak kesah la.. yang berlalu tetap berlalu.. aku pun dah ada kehidupan yang bahagia sekarang)..

Tp baru2 ni terjadi la pada seorang kenalanku.. in this week, bf dia mintak breakup.. yg lebih menyedihkan.. hanya menggunakan SMS.. bila dia nak berckp, Bf dia kata.. 'TAK NAK, HATI TAK TENANG'

sakit hati kan... dia still menunggu Bf dia tuh..

andaikata Bf dia datang balik pada dia... Bukan ke dah jadi seperti peribahasa di atas.. Patut ke dia terima balik Bf dia... Klau dia berpegang pada prinsip Peribahasa tu.. dia sedikit merana sbb Dia sangat la sayangkan si BF nih..

aku pun tak reti nak ckp... zaman bercintan-cintun ku dah hbs..

hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

Tuesday, August 11, 2009

rindu sangat


tak de la rajin sgt nyer nak update blog..
saje nak tunjuk gambar..
gmbr tu diambil petang khamis lepas..
lepas bwk boy ke klinik..
sian dia.. muntah2..
citernyer mcm nih...
on wednesday tu, aku kena balik kerja lewat.. so aku bgtau kat taska yang anak2 aku akan ot that day..
disebabkan ada hal yg tak dpt elakkan.. so agak lewat gak la aku amik diorg..
dlm pukul 10 mlm.. aku baru perasan yg si Boy ni mcm lemah jer..
biasenyer.. tau la hero kan.. mane reti duk diam..
tak lama lepas tu dia muntah...
2x gak la.... then dia minum susu..
muntah lagi... aduhai... aku memang risau sgt2 dah..
aku terus call budak yg jaga dia kat taska tu..
katanyer.. Boy ada terjatuh...
hurm..
memandangkan si kakak dah tido.. aku suh Kak Chik aku tgkkan dia..
kitorang terus g KSH... alhamdulillah..
doc kata tak de masalah jatuh tuh... myb dia tak sedap perut..
doc suggest klu dia muntah lagi, bwk semula ke hospital..
so on thursday tu... aku hantar diorg ke taska...
dlm kul 11 pagi, aku call taska tanya keadaan boy..
diorg ckp Boy lemah.. tak xtv..
immedietly aku call My Mr.. so My Mr amik aku dan kitorang gi klinik...
on the way ke klinik... hbs dia muntah..
dgn baju aku.. baju dia semua langsai.. MASAM...
lepas jumpa doctor... doc suggestkan Boy berehat kat rumah dan aku diberikan MC untuk menjaga anak... Suka gler.. hehehehe
so itu la gmbr onthe way kitorang balik rumah dari klinik..
nmpk sgt lemah kan...
bulan ni bulan sakit la....
mula2 daddy, then boy, then kakak.. lastly mummy pun sakit gak...
BAHAYA!!

Monday, August 10, 2009

Tulang kaki Patah?????



nmpk tak apa tuh....
hehehe.. tu la x-ray tulang kecil kaki yang patah..
owh... bukan kaki aku..
tu kaki my Mr.. setelah 3 mggu dia berjln terhencot-hencot..
rupa-rupanye tulang kaki dia patah...
kat betis

kisahnyer bermula lebih kurang 3 mggu lepas..
My mr ni kan kaki bola, so department dia wat la perlawanan bola antara bahagian..
so waktu game final.. da nak dkt2 time up tu.. dia kena rempuh dgn pihak lawan.. (citer dia la)
so pada yg kenal my Mr tu, agaknyer korang leh bygkan la my mr tu kena rempuh dgn kawan dia yang 2 kali ganda dari dia... aku rase melayang gak la dia...
so.. dlm 3 hari lepas dia kena tu.. dia pun gi la klinik swasta..
even kaki dia sakit, dia still lagi kena gi kerja...
waktu kat klinik tu, doctor ckp cuma muscle problem.. dlm seminggu akan elok
kaki dia tak bengkak, sbb lepas je dia kena rempuh tu, dia terus kuar padang n letak ais kat kaki dia...

dah tunggu seminggu.. still lagi tak elok..
dah gi Bukit jalil... next weekend nyer kitorang gi ampang plak..
still lgi tak baik..
so da start risau dah..
on tuesday last week, dia gi lagi 1 klinik swasta tang provide x-ray.. doctor still ckap muscle problem.. tak dapat nak x-ray that day coz juru x-ray cuti... ok la..
then, on saturday.. kitorang gi klinik swasta yang lain plak... terus wat x-ray...
quiet shock gak la.. rupanya ada tulang yang patah..
Doctor suggestkan dia terus gi hospital... disebabkan ada perkara yang perlu diselesaikan.. kitorang pun gi hospital on sunday...
1st kitorang gi KSH.. dah nak admit wad dah.. check dgn insurans, dia tak cover warded kak situ.. kena gi KMC..
then kitorang pun gi KMC.. Speciallist Doctor tak de, kena gi Isnin.. ward plak dah fully book..
erm.. is posibble my Mr ni tak nak gi GH.. so kitorang call my fren's wife..
kakak ni staff nurse, so dia ckp biasenyer klu patah tak teruk.. diaorang akan simen jer.. tak la amik masa lama...
kitorang pun tekad hati gi kat GH.. waktu register, MA kat situ tgk x-ray my mr.. diorg kata myb kena admit ward n operate..
of coz my Mr nak amrah sbb dia tak nak kena admit kat GH.. then aku mintak balik.. but, doc kat emergency department tu suggest tunggu doctor orthopedik check dulu...
sementara tggu doc orthopedik, my Mr kena admit kat observation ward.. dlm 2 jam gak la menunggu...
siap aku kena marah dgn sister lagi.. sbb aku turut membaringkan diri aku sebelah my Mr.. rupanyer dia ingat aku ni girlfren my Mr... waktu dia dtg check my mr.. dia jeling aku sambil tunjuk ke arah My mr n tanyer.. " sapa?"
aku dgn selambe jer la jwb.. " owh.. suami saya"...
baru la dia angguk.. hehehehe

dlm kul 7 mlm gak la doc orthopedik baru check my Mr.. last2 keputusannyer..
" owh.. in this case.. we dont have to do anything.. this 'Fibula' (tak tau la btul tak ejaan.. nama bagi tulang yg patah tu) akan sembuh dgn sendirinya.. no need to cement neither to operate.. hehehe

skang my Mr sedang beristirehat di rumah kerana dpt MC selama 1 week.. dan dia berjln menggunakan tongkat...
ish..ish..ish....
sian abang ayang nih...

Tuesday, August 4, 2009

hatiku Pelangi


hati tak tenang jer..

rase mcm ade sesuatu mengganggu..

sedih.. nak marah.. nak menangis..

semua tu ada..

kenapa yer... mungkinkah sebab kehadiran si 'dia'

memang ikutkan 'dia' dtg awal sket bulan ni..

emo semacam jer aku nih...

:-(


Wednesday, July 29, 2009

Nasi ayam

hari selasa lalu aku MC.. badan tak berapa sihat..
memang la.. aku gi menyeksakan diri di Bukit Jalil.. Whole day berpanas dan berdiri ataupun duduk di kali jln.. memang menyakitkan hati..
hari ahad balik kuantan..
lewat.. pukul 6 petang baru sampai rumah kakak aku..
ambil anak2... tgn anas makin teruk..
dia kan ade ekzema... dan menurut kakak aku.. dia mcm ada asma cket la...
hurm...
aku suggest pada my Mr untuk bawak Boy ke klinik..
kitorang pergi ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Ang..
bile Doc check.. yes, he is...
dia memang kena serangan asma.. kena sedut nebulizer (itulah istilah yg aku gunakan)
menangis.. meraung.. melalak.. tgnku erat memeluk dia.. ya, dia dah semakin membesar, tenaganyer semakin kuat... last time kena sedut awal tahun lalu.. umurnya baru mencecah 7 bulan..
sabarlah sayang..
kesian, tp he would be better bile dah kena sedut tu kan...
alhamdulillah, lepas je keluar dari klinik.. he is very cheer n aktive..
habis kakak kena buli... aduhai..
disebabkan panel my Mr tak cover klinik pakar.. maka terpakse la aku mengeluarkan duit sendiri.. leh tahan gak.. Makan ratus gak eh...
tp nak wat caner kan... anak...
kita memang mahukan dia yang terbaik... jgn menyesal di kemudian hari sudah...

so hari selasa baru ni, mulanyer aku ingat nak mlskan diri jer...
tp bile memikirkan betapa lama aku dah tak memberi hubbyku makan..
aku aku merajinkan diri pergi ke pasar...
erm.. nak masak apa yer....
hikhik.. aku masak nasi ayam untuk dia..
lama dah tak mkn nasi ayam buatan sendiri..
dah 2x buat, hasilnye masih lagi tidak memuaskan...
kena cube selalu la gayanyer kan... hehehehe

hari ni duk opis mcm biase... bos ade..
alhamdulillah, kehidupan aku di pejabat tak lari menyakitkan hati..
aku sentiasa cuba mengambil positif untuk setiap perkara yg berlaku..

Tuesday, July 21, 2009

Bayar HUtang Tag Pn. Nissa..

Cara-caranya :
1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.
3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.
4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.
5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.








Beauty Secret
(hahahaha.. aku ketawa dulu.. apa yg beauty tak tau la)






Skin Product


Shower Creme






2 ni product kegemaran aku..


yang hijau tu Aloe Bath Gelle, Product dari Forever Living.. Wangi dan mampu membakar lemak.. lagipun dia serbaguna.. wat cuci muka pun leh.. sbb produk ni dtg dari Aloe vera


yang Merah tu Japanese Cherry Blossom dari Bodyshop.. Wangi giller..







Yang ni plak.. Creme utk Kulit.. Klu tak silap Bhn dia dari Propolis n aloe vera.. suka pakai.. wangi n melembutkan kulit..


Untuk muka, aku pakai set ni...

tak reti nak ckp, sbb rasenyer muka ni tak de bermasalah ngat.. so far ok la..



Hair Produk




aku guna 2 ni utk stylishkan(hahaha) rambut aku..





Shampoo n Conditioner aku pakai ni..
Also Produk Forever LIving.. Bukanlah nak promote barang sendiri.. tp so far produk nyer very gud n nice.. lagipun seme produk ni berasaskan Aloe Vera..
lain-lain

deodorant aku.. sekali pakai jer.. leh tahan sehari bau bdn.. tak melekit.. serius...

shud try it.. harga pun tak mhl.. besar, n jgn risau sbb myb korang pk tak leh nak ltk dlm handbag.. tak perlu.. sbb dia bertahan sehingga sehari..




Supplement Harian

tu juz aloe vera, untuk penghadaman... org nak kurus leh minum benda nih...

2 lagi tu, royal jellly n fish oil..



Perfume:

lupa arr nak amik gambar.. Skang pakai YSL: Cinema..
satu jer... perfume lain seme kena amik dek my sister.. hehehe






Sekian terima kasih...

Tolong jwb tag ni pada sesiapa yang membaca...
hehehehe

Monday, July 20, 2009

Cuba tengok...


apa pendapat korang..
cermin tu rendah sgt atau ngam2 jer...
klu tgk realiti nmpk mcm rendah..
tp klu tgk dlm gmbr ni mcm ok plak....
tolong bgtau cket leh...
TQ..
XOXO

Tuesday, July 14, 2009

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.
Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.
"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.
Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.
Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom. Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa.
"Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya.

Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak.
Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.
Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema."Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.
Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan."Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya.Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.

TANDA- TANDA
Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:
* Mengelupas
* Bersisik
* Kemerah-merahan
* Kulit yang kering
* Penebalan kulit
* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN
Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.
Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients).
Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak
* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.
* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.
*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)
Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.
Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.
Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.
Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.
Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama.
Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.
Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk.
Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI
* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).
* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.
* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.
Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.
* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.
Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN
* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.
* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.
* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.
* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.
* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering.
Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.
* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

aku pun mengalami masalah ni.. dulu aku terpaksa amik injection utk kurangkan masalah ekzema ni.
alhamdulillah sejak aku amik Artic Sea iaitu campuran minyak ikan dan myk zaitun.. kulit aku dah sembuh..
masalahnyer sekarang ialah anak aku.. Boy..
mengalami masalah yang sama.. dah byk klinik kami pergi.. dia plak semakin membesar, bile krim disapu.. dia dah start pandai masukkan dlm mulut.. cukup bahaya...
hurm.....